Dari semua kisah kita
Aku hanya mahu kau bahagia
Kecapi manisnya hidup
Buang segala penyesalan kedukaan
Mungkin terbaik itu bukan aku
Tapi aku tahu aku telah lakukan terbaik untukmu
Buang rasa ragu dihati
Nikmatinya kerana itu kurniaan-Nya yang terindah
Segala rasa kau dan aku
Hanya kita yang tahu
Hanya kita dapat rasai
Hanya kita berdua
Mungkin aku api kau air
Aku batu kau permata
Aku lumpur kau mulia
Apa yang sama?
Ia dalam hati kita
-FA,2011-
No comments:
Post a Comment